Penyakit Bermusim

Musim Bunga

Demam alahan debunga

Kegatalan mata dan hidung berair adalah antara tanda-tanda demam ini. Ramai rakyat Jepun menderita akibat alahan kepada debunga tertentu, di mana pokok Sedar dan Sipres Jepun adalah antara yang paling biasa. Ubat alahan boleh dibeli dari “drugstore”, tetapi lebih baik untuk kita mengunjungi klinik (otolaringologi atau pakar alahan) untuk mendapatkan rawatan atau menjalani ujian alahan. Topeng muka dan cermin mata pelindung boleh membantu mencegah simptom ini.

Musim Panas

Strok Haba

Musim panas di Jepun adalah panas dan sangat lembap, menjadikan strok haba adalah suatu perkara yang merisaukan terutamanya kepada kanak-kanak dan orang tua. Simptom-simptomnya termasuk sakit kepala, loya dan pening, dan dalam keadaan teruk, hilang kesedaran. Strok haba dan letih haba boleh disebabkan oleh aktiviti fizikal di bawah matahari, berada di luar dalam waktu yang panjang, dan juga oleh perubahan suhu mendadak ketika bergerak dari tempat berhawa dingin ke luar. Penting untuk kekal berhidrasi sepanjang hari, minuman isotonik amat berguna bagi menggantikan elektrolit yang hilang ketika berpeluh.

Demam Denggi

Demam denggi sangat-sangat kurang berlaku di Jepun sehinggalah beberapa kes disahkan berlaku di beberapa bahagian Jepun pada 2014. Ia dijangkiti melalui gigitan nyamuk. Simptomnya adalah termasuk demam panas dan sakit sendi. Tiada vaksin bagi demam denggi, jadi mencegah dari dijangkiti adalah langkah terbaik. Semburan penghalau nyamuk boleh dibeli dari “drugstore” dan ia amat berkesan.

Musim Sejuk

Influenza

Demam dan selesema adalah kebiasaan di musim sejuk dan mudah merebak di bandar-bandar padat penduduk. Ubat untuk merawat simptom boleh dibeli dari kedai serbaneka dan “drugstore” tetapi adalah tidak sekuat ubat di Amerika Utara atau Eropah. Jika anda mengalami simptom yang teruk, segera berjumpa doktor, doktor akan memberi ubat yang lebih kuat. Kebanyakan tempat kerja dan sekolah menasihatkan sesiapa yang menghidap demam atau selesema agar tinggal di rumah sahaja bagi mengelakkan penyakit dari menjangkiti orang lain. Jika keluar dari rumah, pakailah topeng muka perubatan untuk mencegah orang lain dari dijangkiti anda. Vaksin untuk influenza boleh didapati setiap tahun bermula dari musim luruh.

Norovirus

Virus ini adalah virus biasa di musim sejuk, mengakibatkan muntah, cirit-birit dan demam. Simptom kekal selama seminggu. Sekiranya menghidap penyakit ini pastikan minum banyak air untuk mencegah dehidrasi. Bagi mencegah jangkitan, basuh tangan anda dengan sabun dan air hangat dan pastikan makan makanan yang sudah dimasak terutamanya kerang-kerangan. Pinggan mangkuk juga mesti dibasuh secukupnya dengan air hangat.