Klinik dan Hospital
Hospital di Jepun adalah satu institusi yang besar dengan pelbagai pengkhususan, dan mampu untuk menangani kes-kes kecemasan dan rawatan pesakit-dalam. Disebabkan jumlah pesakit yang ramai, masa menunggu kadang-kala agak panjang. Kebanyakan hospital memerlukan surat rujukan dari fasiliti lain dan mungkin akan mendenda sebanyak \3000-\5000 sekiranya anda tiada surat rujukan. Jadi disebabkan faktor tersebut, adalah lebih baik bagi anda mengunjungi klinik sekiranya sakit atau cedera yang bukan kecemasan. Tetapi harus diingat, periksalah terlebih dahulu samada klinik itu mempunyai kemudahan sokongan bagi pesakit bukan Jepun atau tidak.
Drugstore & Farmasi
Di Jepun “drugstore” adalah merupakan kedai yang menjual ubat bukan preskripsi. Ubat preskripsi hanya boleh dibeli menerusi farmasi yang mempunyai ahli farmasi berkelayakan. Walaupun begitu, kebelakangan ini, semakin banyak “drugstore” yang sudah boleh menerima preskripsi. Setelah anda menerima preskripsi dari doktor, adalah lebih baik jika anda memastikan lokasi farmasi berdekatan sebelum meninggalkan klinik. Semasa lawatan pertama anda ke farmasi, biasanya anda akan dibekalkan dengan buku nota ubatan supaya anda boleh menjejaki ubatan anda sentiasa. Seksyen Frasa Berguna mengenai “drugstore” dan farmasi juga terdapat di dalam Aplikasi Dr.Passport.