Talian Hotline Rujukan Perubatan

Di sini adalah sebahagian organisasi yang mungkin berguna semasa anda mencari bantuan perubatan.

Pusat Maklumat Perubatan Antara Bangsa AMDA

Website 03-5285-8088

Perkhidmatan panggilan telefon pelbagai bahasa menawarkan maklumat mengenai rawatan perubatan dan hospital di Jepun yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Jepun, bahasa Inggeris, bahasa Thai, bahasa China, bahasa Korea, bahasa Sepanyol, bahasa Portugis, bahasa Tagalog, bahasa Vietnam

9:00am-8:00pm, Isnin-Jumaat (Hari dan jam mungkin berbeza bergantung kepada bahasa.)

Himawari

Website 03-5285-8181

Himawari adalah enjin carian bagi hospital dan klinik di Tokyo. Anda juga boleh menelefon mereka bagi mendapatkan hospital yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, bahasa Thai, bahasa China, bahasa Korea, bahasa Sepanyol.

9:00am-8:00pm, Setiap hari

Japan Helpline

Website 0570-000-911

Ini adalah perkhidmatan tidak berkeuntungan 24 jam menawarkan bantuan kecemasan kepada orang asing yang tinggal di Jepun. Mereka menawarkan khidmat nasihat dari semudah-mudah soalan kepada situasi kecemasan dalam bahasa Inggeris.

 24 jam, Setiap hari (bahasa Inggeris sahaja)

Tokyo English Life Line (TELL)

Website 03-5774-0992

TELL menawarkan khidmat kaunseling tanpa nama dalam bahasa Inggeris bagi komuniti Jepun dan antara bangsa. Kaunselor terlatih akan menawarkan bantuan dalam pelbagai isu.

  9:00am-11:00pm, Setiap hari (bahasa Inggeris sahaja)

JMIP

Website

JMIP adalah pentauliahan kepada kemudahan perubatan yang mempunyai langkah-langkah membantu pesakit luar negara. Hospital yang telah ditauliahi boleh dicari menerusi laman web mereka.