Bagaimana menggunakan Dr.Passport

Cara memasukkan ID anda (versi korporat sahaja)


Corporate (iOS)   Corporate (Android)

Masukkan 10 digit ID anda di kotak pada halaman pertama yang muncul semasa anda memulakan aplikasi, kemudian tekan Enter. (Pada sistem Android, masukkan ID yang sama di kotak User ID dan Kata Laluan.)

Untuk kegunaan kali pertama


Select languages

Tetapan kali pertama

Bila anda membuka aplikasi untuk kali pertama, anda akan ditanya untuk menetapkan bahasa utama dan bahasa sasaran. Ini boleh diubah kemudian menerusi skrin pemula atau pun di dalam “Tetapan”.

Masukkan nama


Input your name

Masukkan nama orang yang akan menggunakan aplikasi ini. (Sekiranya bahasa utama yang ditetapkan adalah selain dari bahasa Jepun, Korea atau China, input terhad kepada huruf roman sahaja.)

Menggunakan aplikasi


Home Screen

Melengkapkan profil anda

ProfileTekan tab Profil untuk memasukkan “Profil Pengguna”. Di dalam “Maklumat Asas” anda boleh merekodkan nama, warganegara, jantina dll. Masukkan data atau pilih dari menu “scroll-down”. Tekan Sah bila anda sudah lengkapkan semua maklumat untuk menyimpan.


Completing your Profile

Tambahan kepada Maklumat Asas, terdapat seksyen anda boleh rekodkan Sejarah Perubatan, Ubat (-ubat) Regular, Alahan, Sejarah Pembedahan, Imunisasi, Keadaan Kesihatan dan Tabiat. Bagi pengguna wanita, terdapat seksyen khusus wanita untuk memasukkan maklumat seperti Sejarah Kehamilan dan maklumat Kitaran Haid.

Sebagai tambahan lagi, Maklumat Hubungan Lokal dan Negara Asal boleh direkodkan. Dengan memasukkan maklumat hubungan tambahan (“Rumah”,”Tempat Kerja” dan “Lain-lain”) aplikasi ini juga boleh digunakan sebagai buku memo yang senang dibawa, dan juga sebagai alat komunikasi sekiranya anda tidak dapat menulis atau bercakap kerana sesuatu sebab. Oleh kerana kandungan seksyen ini tidak diterjemah, maka anda disyorkan untuk memasukkan maklumat di dalam kedua-dua bahasa utama dan sasaran, atau mana-mana bahasa yang sesuai.

Memasukkan Simptom

SymptomsTab Simptom membolehkan anda merekod simptom sekiranya anda jatuh sakit.


Inputting Symptoms

Tekan Tambah Simptom untuk mula memasukkan maklumat.


Inputting Symptoms

Mula-mula, pilih bahagian badan yang terlibat dari diagram, kemudian pilih dari pilihan-pilihan. Jika anda tekan abdomen, sebagai contoh, anda akan diminta untuk menjelaskan adakah masalah itu datang dari keseluruhan abdomen, kuadran atas kanan, bahagian atas tengah dll.

Bagi simptom yang tidak melibatkan sebarang bahagian badan, anda boleh menekan “Pilih Simptom Umum” dan pilih dari banyak simptom umum seperti “Saya rasa lemah”, “Saya demam” dll.

Dengan menekan Seterusnya anda akan dibawa ke skrin memasukkan simptom. Di sini anda boleh memilih penerangan simptom yang tepat bagi masalah anda seperti “Saya berasa amat sakit tiba-tiba” dan “Saya ada luka bernanah”. Anda boleh memilih berbilang simptom. Apabila selesai, tekan Sah untuk meneruskan.

Maklumat terperinci


Detailed information

Setelah selesai memasukkan bahagian terlibat dan simptom-simptom, anda boleh menambah maklumat terperinci, seperti tarikh mula simptom atau tahap keterukannya dan juga sekiranya sudah terdapat sebarang perubahan. Sekiranya berkenaan, maklumat seperti cirit-birit, suhu badan dan penyebab mungkin dll. juga boleh dimasukkan bagi membantu diagnosis dan rawatan kemudian.

Di medan “Tarikh Mula Simptom” dan “Anggaran waktu” anda boleh memilih dari menu “scroll-down” atau kalendar. Suhu Sekarang boleh dimasukkan dalam Celsius atau Fahrenheit dan akan ditukar secara automatik.
Semua simptom boleh direkodkan secara bebas, membenarkan keadaan tidak berkenaan, seperti simptom demam, sengatan lebah dll ditangani satu persatu.

Simptom yang aktif juga boleh dipadam secara individu, jadi aplikasi ini boleh diset semula untuk setiap kegunaan.

Terjemah

translate_enTukar simptom dari bahasa utama anda kepada bahasa sasaran menerusi tab Terjemah. Dengan menunjukkan skrin ini kepada pengamal perubatan di negara anda sedang lawati, anda boleh berkomunikasi dengan tepat.


Translate

Pilih simptom yang anda ingin maklumkan dari senarai simptom dengan menekan kotak di sudut kanan-atas. Jika anda ingin menunjukkan Profil Pengguna, anda juga boleh memilih ia dengan cara yang sama. Dengan menekan tab Terjemah, simptom dan maklumat profil anda akan dipaparkan dalam bahasa sasaran untuk anda menunjukkan ia kepada staf perubatan.


Translate

Dalam seksyen Mesej Kepada Staf Perubatan, anda akan mendapati pengenalan kepada aplikasi Dr. Passport supaya pengamal perubatan profesional boleh faham kenapa anda menggunakan ia. Ia juga menerangkan aplikasi ini tidak memerlukan signal tanpa wayar jadi ia selamat digunakan di kemudahan perubatan.


Message for Medical Staff

Ciri-ciri berguna lain

Sebagai tambahan kepada tab di bahagian bawah skrin (bahagian atas skrin untuk untuk Android), terdapat menu slider dengan halaman berguna, termasuk panduan penggunaan aplikasi.


howto_11_en

Frasa Berguna

Di dalam seksyen “Frasa Berguna” anda akan mendapati pilihan-pilihan perbualan yang banyak bagi pelbagai situasi, daripada meja penyambut tetamu sehingga kepada pemeriksaan sendiri, membayar bil dan mendapatkan ubat dari farmasi atau “drugstore”.


Useful Phrases

Soalan dan permintaan dari pihak pesakit, juga jawapan dan pertanyaan dari pihak staf perubatan, juga dimasukkan bagi setiap situasi. Menekan frasa akan memaparkan terjemahan di dalam bahasa sasaran. Ikon bunyi juga boleh ditekan supaya frasa itu dibunyikan di dalam bahasa sasaran.


Useful Phrases

Soalan dan frasa digunakan oleh doktor, penyambut tetamu, ahli farmasi dll boleh didapati di dalam tab “Staf Perubatan”. Tunjukkan sahaja ia kepada staf perubatan sebagai kaedah komunikasi dua hala yang berkesan.

Peringatan
Pada masa ini, versi Android hanya mempunyai sokongan suara untuk bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis dan bahasa Jerman sahaja.
Versi iOS tidak mempunyai sokongan suara untuk bahasa Melayu dan bahasa Vietnam.

Glosari perubatan


howto_14_en

Di dalam kategori “Frasa Berguna” untuk “Di Drugstore”, di bawah frasa “Saya mahu ini” anda akan mendapati senarai produk-produk perubatan, daripada ubat untuk demam dan sakit perut dll. hingga item lain seperti plaster gel, penghalau serangga dan putik kapas. Sekiranya anda sakit di hotel dan tidak dapat bergerak keluar, anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk memaklumkan kehendak anda ke meja penyambut tetamu, atau bertanya di mana boleh membeli ubatan tersebut sekiranya anda boleh keluar.