Insurans Kesihatan Jepun

Semua orang asing yang tinggal di Jepun melebihi dari tiga bulan mesti mengambil insurans kesihatan awam. Terdapat dua jenis insurans kesihatan awam utama – insurans kesihatan sosial/pekerja dan insurans kesihatan kebangsaan. Insurans kesihatan sosial/pekerja diberikan kepada pekerja tetap oleh majikan mereka. Sesiapa yang tiada insurans kesihatan sosial/pekerja mesti membeli insurans kesihatan kebangsaan daripada pihak berkuasa tempatan. Skim insurans-insurans ini akan menanggung 70% kos rawatan, 30% lagi adalah tanggungan diri pesakit sendiri. Sesetengah rawatan tidak ditanggung langsung oleh insurans, bermakna pesakit mesti membayar 100% kos rawatan. Begitu juga sesiapa yang tidak mempunyai insurans wajib membayar keseluruhan kos rawatan.

Membayar Rawatan

Kos perubatan mesti dibayar semasa mendapatkan rawatan. Kebanyakan kemudahan perubatan hanya menerima wang tunai. Siapa yang mempunyai insurans awam hanya perlu membayar 30% daripada kos rawatan. Kebanyakan kemudahan akan mengenakan bayaran konsultasi sebanyak \2800 pada kunjungan pertama, sekiranya anda tiada insurans. Kunjungan kedua bagi simptom yang sama dikenakan bayaran konsultasi sekitar \700. Anda juga akan dikenakan bayaran bagi sebarang ujian, rawatan dan ubat yang diterima. Sekiranya anda menerima preskripsi, bayaran boleh dibuat terus kepada farmasi yang memberikan anda ubat. Konsultasi lewat malam dan kes kecemasan mungkin memerlukan anda membayar deposit dan kadang-kala terdapat juga caj tambahan, ia berbeza bagi setiap kemudahan.

Insurans Peribadi dan Insurans Kembara

Pelan insurans peribadi mempunyai perlindungan bagi yuran perubatan yang tidak dilindungi oleh insurans awam, walaupun begitu rawatan yang dilindungi itu mungkin berbeza bergantung kepada kontrak. Pastikan anda meminta dokumen berkaitan supaya anda boleh memohon pembayaran balik dari syarikat insurans anda. Sila maklum bahawa perlindungan insurans dikeluarkan oleh kad kredit berkemungkinan mempunyai had tertentu.